KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita SAYANG?. Macam mana juga kasih SAYANG itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?. Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang
berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita SAYANG, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik- baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita SAYANG itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka SAYANGilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

p/s** kasih DAN sayang dinilai sejauh mana kejujuran dan keikhlasan dalam
menjalin perhubungan. Tapi adakah kasih DAN sayang itu dihargai andai hanya
wujud kasih ATAU sayang semata-mata?

BENGKOKNYA PEREMPUAN



"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik… hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.”

“Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?”

“Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”

“Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah buat konklusi”

“Alaah… orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.”

“Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.”

“Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?”

“Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang “disadvantaged” atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik.”

“Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap “golongan yang tak berguna” kepada “sayap kiri” kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.”

“Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk.Jenuh kita nak layan dia.”

“Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. “Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!”

“Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.”

“Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”

“Apa maksud sebenar Hadis tu?”

“Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu “penyempurnaan”. Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”

“Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?”

“Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.”

“Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat “bengkok” ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.”

“Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”

“Hmm, betul tu Naim.”

“Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.”

“Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar.”

“Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini…”

"Sebaik2 manusia ialah mereka yang paling mulia akhlaknya"
Dengan rahmatMu YA ALLAH...pimpinlah daku selalu.. ampuni segala dosaku & terima setiap usahaku sebagai ibadah di sisiMU..

Selamat Pengantin Baru Buat Ahmad Rasyidi dan Isha

Semalam, 19hb Mac 2009 termaktub la tarikh b'sejarah antara Ahmad Rasyidi dan pasangan, Isha. Aku dan hiba pergi b'2 jer, sbg wakil rumah kami. Perjalanan dr Abud(Cairo) ke Mansourah amik msa bole thn jgk la, 2 jam lbh. Msa peggi tdo, blk pn tdo jgk. hihi. Dalam ni aku ltakkn satu vdeo yg sempat aku amik.. tgk la ek.. pmpuan arb tu (ak xsure la sape), myb ustzah zaujah Syidi,myb jiran die. lawak jgk die ni..hihi.. Masa mula2 die masuk umh syidi tu, terkejut ktorg. Mau x nyer,, leh lak die baling gula2@coklat kt ktorg, cm lepar bom gtu..hihi..igtkn die mrh ke apo laa.. Rupenye adat org die kot. Hepi sgt.. hehe.. kn Mesir ni ssah ckit nk kawin, so ble aqde org bole kawin ni die mmg excited la..

Jaulah Bersama Bekas Ahli Bait

Dr kiri: Hibatul Haqqi, Badrul Hisyam, Zulkhair, Firdaus (3 tu da blk), amer..
Jejaka Malaya..Ade yg kurus, ade yg kering, ade yg t'lebih..hikhik
Man Utd Glory..time tgk final CL thn lpas nih...
CR7 score penalti xmasuk..angin btol laa!

Merungkai Sejarah Dan Peradaban Mesir

Tersirat sejarah pd tiang nih..
Blaja menguli roti 'ish
Bkn sng nk wt nih..tp hrga sekeping murah jerk..
Bekas tapak kaki nabi SAW..yg dikatakn penah dtg ke msjd imam syafie ni..
Maqam Imam Mazhab Kita..Imam Syafie
Sahabat lama nih.. msa kt ummul qura ..mesir menemukan kami kembali..
Tali persahabatan tetap akan terjalin wlau dimana kta berada..ukhuwah fillah!
Kesejukkan pd waktu malam di Maqam Sadat.. Bekas PM Mesir
Ahli Bait aku hok dlu
Kne hbskn mknan..br la berkat..hihi
Makan kne fokus..xbaik ckp time mkn :D
Nasi Hadara Maut
terlalu byk jasa dia utk aku..xmgkin dpt aku bls..


Kubu Salah El Deen


Bez jgk rsa ble di terajang cmni..

Tersembunyi jerawat disebalik gunung ini..hikhik

Perangi Israel Laknatullah

Jom lanun2 ku semua...mari kte perangi Israel...Moh kte!

Ape salah kanak2 ni smp die kne cmni.. terlalu kecil utk die buat dosa.. bahkan masih bersih dr sgala dosa.
Kembalikan senyuman pd bibir2 kanak2 ini!
Ape perasaan kite klu yg dipangku tu sedara kite..anak kite..adik kite..renungkan laa

Berlatar belakangkan kubu Salah El Deen, yg dikatakan ade 3 tmpt shj. pertama di kaherah..di blkg aku nih..dan satu lg di jordan..
Akhirnya berjaya jgk kami smp ke puncak thur sina nih..malaysia mmg bolee laa!!

Wanita Yg Ku Rindui

Melihat ibu tersenyum cukup menenangkan kita buat seketika. Wajahnya nampak tua, dimakan usia. Tapi kasih sayangnya kpd kita semua xpernah tua bahkan sentiasa muda, walaupun kita seringkali menguriskan hati ibu. Ibu xpernah pn mengeluh ketika membesarkan kita, wlaupun byk tugas yg perlu dia lakukan. Basuh pakaian, memasak, mengemas, menjaga anak(klu ade anak kecil), melayan suami(ayah kite laa) dan mcm2 lg la tugas dia. Ibu lakukan semua tu bknnya bergaji, tp hnya utk membesarkn n mendidik anak2 supaya jd anak yg baik. Bkn pd baik pd ibu n ayh sje, tp pd smua. Pada agama, masyarakat, dan negara. Utk membalas budi dan jasa dorg kpd kita mgkin xkn terbalas, sbb terlalu byk. Jadi, dgn masa yg ade skg ni mari la kte sma2 mengambil alih tugas yg pernah dipikul ibu dulu. Jangan tunggu, sbb masa xpernah tggu kita. Janji tuhan ttap smp. Fikir2kan laa..